
Majlis Pelantikan Ketua Kelas Sesi 2023/2024 3 FEBRUARI 2023 - Majlis Pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas SMK Pengkalan Hulu sesi 2023/2024 telah selamat dijalankan semasa Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah yang dianjurkan di Dewan Sebudi Akal SMK Pengkalan Hulu. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan serta pengiktirafan kepada murid yang dilantik menjadi pemimpin bagi setiap kelas. Majlis bermula seawal 7.30 pagi dan telah diacarakan oleh saudari, Adryana Sofea bersama Pn. Nor Hidayah bt Md Saad . Dalam majlis ini juga, Pengetua SMK Pengkalan Hulu, En.Mohamad Musa bin Ab Mutalib , diiringi Pn Rofiza bt Salleh , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah menyampaikan sijil kepada 52 orang murid yang terpilih menjadi ketu...